BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 16, 2010

Kami peduli MEREKA...


KELAHIRAN CACAT AKIBAT SENJATA ISRAEL



Jumaat , 12/03/2010 – Kecacatan kelahiran meningkat di kalangan bayi yang baru lahir di Semenanjung Gaza – pertama didokumenkan di Palestine Telegraph – telah menjadi jelas, walaupun dakwaan yang bertentangan oleh doktor di Hospital Al-Shifa Hospital. Wanita Mengandung kini hidup diselubungi ketakutan.

Noha Abu Laban, 37, penduduk kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, kini dalam bulan akhir mengandung, dan berkata: “Ketika perang, saya menghidu asapfosforus putih,yang ditembak di bumbung rumah kami. Saya berasa sakit sejak mengandung, dan berlaku pendarahan yang banyak.” Noha kini dirawat di Unit Jagaan Ibu Mengandung Risiko-Tinggi di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza .

Alaa Al-Tunp, 25 penghuni Kejiranan Al-Tofah , berkata: “Apabila saya mendengar cerita mengenai kecacatan janin, Saya berasa amat bimbang, terutama sekali sejak gugur sekali sebelum ini, ketika perang, ketika bulan ke 3 mengandung. saya menghirup asap fosforus putih. Terdapat ramai wanita Mengandung kini berada di Unit Jagaan Ibu Mengandung Risiko-Tinggi mengalami pengalaman yang sama.” Alaa mengatakan dia amat bimbang dia akan gugur sekali lagi, atau bayinya cacat.

sumber : The Palestine Telegraph

penterjemah : hasbullah

Ya Allah, apakah perasaan kita setelah melihatnya?? Kesian?? Takut??
Seharusnya IMAN kita akan menjadikan jiwa kita terusik walau sedikit akan penderitaan mereka.
Ya Allah bantulah saudara kami di Palestin, Checnya, Djibouti, Mindanao dan seluruh dunia. Kuatkan mereka. Bantu mereka dan kami semua terhadap kaum kafir.
 Mereka mengharapkan kita...doa kita serta peribadi-peribadi yang sedang kita bentuk sekarang untuk mewujudkan semula khilafah yang telah hilang. Yakinlah dengan kemenangan itu,kemenangan yang pasti. Kita perlu bersama mereka, jangan biarkan mereka berseorangan. ALLAHUAKBAR!
 Wahai kakak-kakak, senior 2010, bantulah mereka, bantu adik-adik kita mengenal mereka, merasa keterikatan hati dengan mereka. Merasa peduli dengan setiap yang mereka rasai sekarang.
 Memberi uswah hasanah buat adik-adik. Jangan dirobohkan peribadi yang telah utuh. Jangan dibiarkan peribadi itu terus malap tidak bercahaya bergemerlapan menerangi alam jagat ini. Bersama kita menyahut seruan ini. KUNUU ANSORULLAH!.....NAHNU ANSORULLAH.

..

0 comments: