BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 21, 2009

Dari pelajar ke pelajar

Bismillah..alhamdulillah binikmati islam, alhamdulillah binikmati iman, alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yg tanpa pengorbanan dan perjuangan baginda kita tidak akan berada di sini demi meneruskan cita2 yang mulia ini.
Entri kali ini mengisahkan sebuah ucapan atau mungkin luahan dari pelajar tahfiz kepada pelajar smih...
Seawal 4.30 pagi
Smih- masih berdengkur di katil empuk @ bangun merintih pd Rabbul Izzati
Tq- alarm berbunyi--tergesa2 nk gi kelas pagi, masih tidur(tunggu kwn yg baik hati kejut)

Satu jam kemudian...
Smih- dh ramai dah yg ada kt musolla--tak kurang juga di dorm
Tq- dlm perjalanan menuju ke musolla--2,3 org kt dorm (susah sikit nk bangun)

7.30 pagi
Smih- sedang mendengar celoteh@ pesanan guru2
Tq- bertungkus lumus lancarkan saba'--kadang2 dgr ceramah mllm

Waktu berjalan seperti biasa sehinggalah...
12.45 tgh
Smih- sedang berusaha lawan ngantuk (klo ngantuk la)~ focus! focus! mlmh is teaching
Tq- ahh leganya dapat tidur (qailulah)--bile la mllm nk habis nih?? dh ngantuk~ fly away

Jarum saat masih setia berdetik sampailah...
3.00 ptg
Smih-Sedang beristirehat di dorm--study! study!
Tq- lancarkan ulangan...

Setiap perkara pasti ada pro dan kontranya...bagi sesiapa yg kuat dia akn teruskn perjuangan ini walau sepahit mana. Kerna keyakinannya mengatakan "Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis". Sahabat yg membaca, sebenarnya kita semua adalah dalam perjuangan..tugas kita berjuang mati-matian demi menggapai redha Illahi. Tak kira lah dia seorang pelajar smih atau tq semuanya berjuang demi mencapai impian masing2. Pesanku buat sahabat jika kalian tidak merasa kalian sedang berjuang..maka rasakanlah perjuangan itu. Mereka yang berjuang sanggup lakukan apa sahaja demi perjuangan itu dan hanya memusatkan perjuangannya ke arah yang sebenar. Jangan sekali-kali terlari dari landasan kerana ia bisa membahayakan...kita umpamakan ia ibarat sebuah kereta api...kereta api yang sedang bergerak tak kira perlahan atau laju, cepat atau lambat tetapi matlamatnya adalah untuk sampai ke destinasi sebelum terlambat. Bayangkan pula jika tiba-tiba kereta api itu terkeluar dari landasannya pastilah ia akan melambatkan proses perjalanannya. Begitulah juga kita yang sedang meniti perjalanan dalam medan jihad fisabillillah. Berhati-hatilah dalam mengorak langkah jangan sampai tersasar laluan. Semoga ini bermanfaat bagi sesiapa yg mengambil ibroh walau sebesar zarah.

p/s: entri ini tidak berniat pun utk memperkecilkn mana-mana pihak baik smih atau tahfiz...maaf jika ayatnya berulang2 tapi bw maksud yg sama (dlm proses betulkn tulisan)

0 comments: